Khamis, 27 Ogos 2009

Kapasitor




aku sejenis kapasitor.. dalam kipas.

tujuan: anda perlu mencari, kapasitor yang serupa nilainye utk digantikan ke dalam kipas..

motif: utk memperbaiki kelajuan kipas tersebut.

kenape?: sebeb kipas itu semakin lembap.

caranye: ganti je la kapasitor tu, pakai extra wiring sikit..

are u sure it will work? : somebody thought me practically in repairing electrics appliances.. i did, and it worked well..




update:

aku salah cari kapasitor, dan menyebabkan suis utama ter'tendang' setiap kali kipas di hidupkan selepas seminggu menggunakannye.. nilai Farad terlebih dalam 10miu..
argh! tensi. Zzz..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Saum

(2:183)..

hm..

Khamis, 20 Ogos 2009

'Ya' yang bertitik.

saya gembira..




walaupun.. :)

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tersirat


Teh tarik, walau pun tak tertarik oleh kak ros.. masih dipanggil teh tarik.. pelik tul kak ros tu... hm...

sebelum aku sempat habiskan air ni, aku teringat sesuatu.. sesuatu yang berada pada zaman sinaran kegemilangan yang lampau.. (ayat melampau)

lalu, aku 'menyenep' gelas yang berbakikan air teh susu ini dgn kamera telefon genggam ku pd kualiti 3.21 Megapixel..

Lalu, terlintas difikiranku..


Dulu zaman kegemilangan persekolahan, ponteng drpd program persatuan dan kelab mmg antara "top10:things that u suppose to try" mase form 1.. sbb fikirkan: ape gune best persatuan kalau matepelajaran tak best. dulu, itu dulu punya fikiran..
(jadi, kalau nak best, 2-2 kena parallel.. yeah.. parallel.. bak kata lirik lagu seiring dan sejalan)

pada suatu hari yg panas terik.. hatiku bertanya.. oh!

"ok. nk pegi ke tak..? xpegi boleh balik umah main age of empires. cis, susah betul main moduls campaign, paling2 kne pakai cheat codes gak..

.. ok, pegi lah.."


memandangkan persatuan pembimbing rakan sebaya dibawah kelolaan kaunselor, jd, dgn beg dilengan, dan tanpa memikirkan masa depan.. hamba meneruskan perjalanan..

masuk2, bagi salam. "Cikgu A*** ade..?"

2 orang gadis, memandang.. dan salah seorangnya melihat ke dalam pejabat kecil kaunselor. "Ade. Ade" jawab sorang drpdnya.

masuk ke dalam bilik kaunselor bagaikan sudah termotivasi dan ingin bermotivasi dgn pelbagai kata2 semangat yg terpapar pada dinding. oh!


lalu cikgu A keluar.. "eh, awak..? PRS ye?"
"ya, benar cikgu.." menjawab dgn yakin dan bermotivasi (kesan suasana agakny)

[dan utk menyingkatkan pergerakan masa.. selepas dia bersoal panjang kenapa xpernah nampak sblom ni.. oh!]

dan dia menerima alasan.. dgn baiknya..

yes!

erm.. memandangkan prs adalah kelab yg nampak tak aktif.. beliau pun mengerti, paham.. student cam ni mmg biase.. ehem.

jadi, pd hari tu dia ajar 1 lesson yang sangat melekat sehingga hari ini.. duduk di sebelahku d atas kerusi yg hanya muat utk 2, lalu...

dia mengeluarkan 1 botol air dlam kotak di sebelah beliau. kelihatan 1/4 air yg masih berbaki dlm tu.. dia pun tanye direct question.

"ape yg borhan(bukan nama sebenar) nampak dari botol air yg saye pegang ni.."

"air yg sedikit.." (sambil menelan air liur, dahaga..)

"lagi..?"

skali nampak satu label dikenali ramai.. "buatan malaysia cikgu!"
jap..jap.. nampak sesuatu yang lebik menarik.. "erm.. lagi, air ni merupakan air yang di ambil dari bawah tanah.." tambahku dgn informasi yg agak basi memandangkan itu mmg air mineral..

"betul.. seme tu betul borhan.. taaaapi.."

cis, aku dah agak dah! mesti ade tapi-tapi ni.

"sebenarnya.. itu hanyalah luaran.. nampak apa yang kita nampak.. kita boleh nampak lebih jauh dgn melihat yang tersirat.."

"sebagai contoh, air yang sedikit ini, jika di ikutkan dapat menghilangkan sedikit dahaga.."

"air ini juga dianggap berharga lebih mahal dari apa jua yang berada atas muka bumi ini... bila kita kehausan yang amat di padang pasir.."

.
.
.
.
[15 minit kemudian]
.
.
.
.

lesson end..
(mengesat2 peluh..)

begitulah, intipati yg cuba disampaikan oleh beliau..
apabila kita melihat pada sesuatu pekara, suatu kejadian, satu objek/subjek dengan 'berfikir' sesuatu disebaliknya.. menjana pemikiran yang berfikir.. dan menjadi antara orang yang berfikir..


tiba-tiba...

"oit, jom. kelas" sahut member sekelas yang dirahsiakan namaya..

baru nak layan jiwa sentimental classic.. namun, harus ku beransur-ansur memandangkan datang kelas awal tu tanda pelajar baik.. oh!



dah berfikir, baru boleh bercakap