Isnin, 24 Oktober 2011
Saat-saat terakhir
Selamat tinggal Ahcer..
susah senang kite bersame.. pahit manis kite rasai.. tinggi rendah kita duduki..
ah.. cukup.. cukup.. bergenang air mataku.. oh~..
ok, serius.
trend laptop menguasai:
siape nak pikul desktop? kalau kerja nak kena buat kat luar..? dan desktop nak hurung dari rumah nun jauh di sana.. meja kecil yg tidak mampu mengenyangkan ruang desktop.
sejarah Ahcer bermula sejak Julai 2008.
di LowYat Plaza.
beli daripada kedai.. tak ingat. Eric nama dia. Jujur.
sedang org melayu lain yang sembang lebat, menjulur-julur ayat kencing.. ingat aku bodoh?
"bang bang.. ni graphic boleh naik sampai 1GB bang.. tak tipu bang"
macam mana melayu nak maju kalau berniaga macam ni.
Eric cakap, mana mungkin. kelakar. Eric siap bagi best price, kalau kedai melayu td letak 2.5k + 2GB, dia letak 2.3k + 4GB.
why not?
dia tahu, "you student maaa.."
Windows Vista popular dengan 'berat' dia. So, Acer ini masih lagi compatible dengan Windows XP. So, ada options yang waras. "tak Vista, XP.."
dengan rasa bangga memiliki laptop pertama.. kejap, kenapa AMD? AMD adalah cip pemprosesan yang mudah panas. ini adalah gara-gara memboikot Intel. Huh!
tapi apa peduli, asalkan dapat pakai. Eric yakinkan service Acer ada dua, subang satu, times square 1.. so, tak risau dengan bisnes yang mudah seperti ini berbanding orang yang jual laptop macam jual petai di pasar.
soredewa, sudah bawa pulang ke kampus..
impressi?
too bad..
member-member selalu perli: "Acer..?" ape barang? panas? rosak?.. macam-macam perlian diterima. oh, pedih jugak kadang-kadang. tak terdukung, hanya mampu tersenyum.
yang mengeluarkan pernyataan tersebut adalah pengguna-pengguna jenama laptop yang dikatakan tersohor, contohnya: Compaq, Dell,..
Sehingga hari ini, laptop Ahcer yang berkuasa 2.0GHz Dual Core 4GB DDR2 RAM, dilengkapkan dengan Nvidia Graphic, ...walaupun rosak motherboard sekali, namun.. masih bertahan.. screen LCD masih berfungsi dengan baik, keyboard tak tercabut satu pun, pelekat plastik yang menyelaputi logo A.C.E.R masih melekat sejak pembelian.. penggunaan hardcore, penjagaan seperti menatang minyak yang penuh. terhempas? tidak mungkin. gegar? manakan boleh berlaku..
penggunaan sejak tiga tahun lepas:
1. DoTA (setahun sahaja)
2. Photoshop CS3, CS4
3. ShoutCast + WinAmp (radio internet Prince Network)
4. Safari Browser (harap graphic, berat tak tertampung)
5. ProE (Subjek CAD, CAM Machine Design Lab dan MDP design)
6. Sony Vegas 9.0 (editor video Numec)
7. CATIA V5 (Internship)
8. BLOG!
9. ...
banyak.. dan cukup berjasa.
bagaimana dengan kawan-kawan yang pakai jenama lain?
dengar kata dah rosak..
biar dah berhasrat untuk mengekalkan penggunaan selama 4 tahun, namun, kapasiti untuk menampung perisian-perisian terkini sangat terhad dari segi kemampuan Acher. harga komoditi bagi laptop kini kian menjunam dan pastinya harga tangan kedua(second hand) bakal merudum lebih rendah. tindakan yang diambil untuk menjualkannya pada pemilik lain adalah tepat pada waktunya.
sayang tak?
kalau hati, mesti kata sayang.. tapi, laptop adalah bukan sesuatu benda yang hidup.. sungguhpun begitu, ia diletakkan pada orang yang memerlukan.. dan diletakkan pada tempat yang wajar.. bukan senang-senang buang.. ini adalah prinsip menghargai sesuatu benda..
p/s - bilamana orang bagi benda yang baik, andai pula kita tidak mahu, letakkanlah di tempat yang betul. definisi adil adalah kontra dari zalim. jangan jadi zalim. tiada orang suka orang zalim.
Khamis, 20 Oktober 2011
Realiti
ini nilai-nilai yang biasa diketengahkan dalam kehidupan seharian seorang bakal engineer yang berjaya. #sarcasm
normaliti, sebenarnya..
normaliti, sebenarnya..
Label:
picturama
Sabtu, 8 Oktober 2011
Siapa Tahu?
Tajuk ke-13 dari kitab : La Tahzan nukilan Dr.'Aidh Al-Qarni :
اصنع من الليمون شرابا حلوا
Buatlah dari lemon minuman yang sedap :)
Dari kerugian, tukarkan kepada keuntungan. Itu bijaksana. Dari 1 musibah, terbit pula berjuta2 musibah. Itu jahil & pengecut. عياذا بالله
Mengambil kesempatan dalam kesempitan, memanfaatkan setiap peluang & ruang. Maka telah manislah minuman dari buah yang masam :)
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا
اصنع من الليمون شرابا حلوا
Buatlah dari lemon minuman yang sedap :)
Dari kerugian, tukarkan kepada keuntungan. Itu bijaksana. Dari 1 musibah, terbit pula berjuta2 musibah. Itu jahil & pengecut. عياذا بالله
Mengambil kesempatan dalam kesempitan, memanfaatkan setiap peluang & ruang. Maka telah manislah minuman dari buah yang masam :)
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا