menurut wikilick, teknik apungan ini telah lama diamalkan oleh gabungan ahli-ahli silat cakera alam dan cakera padat. namun, akibat pengkhiatan ahli cakera padat yang mengunakan akses 'tanpa pengetahuan' ahli cakera alam, lalu membuat salinan ilmu dengan pantas sekali menggunakan CD-burner, lalu men'delete' salinan ilmu-ilmu asal. Maka, teknik ini kini menjadi rahsia abadi oleh ahli-ahli silat cakera padat sahaja buat berkurun abad lamanya.
namun kini, terdapat 2 orang pengamal tenaga cakera telah menemui salinan-salinan tersebut di sebuah gunung di semenyih lalu tanpa berlengah-lengahkan masa, membuat amalan yang tercatit oleh sehari semalam tanpa mengetahui apa kes yang sedang mereka lakukan.
lagi menurut pendedahan kecil wikilick ini.. untuk mendapat tenaga yang secukupnya, pelatih perlu bertapa di atas gunung selama 30hari, 29 malam.. tanpa meninggalkan solat sehari semalam.. oh!
pengaplikasi perlu mengalirkan tenaga di tapak kaki sehingga meremang bulu-bulu di kaki.
teknik ini telah berjaya dirakam oleh pendaki gunung setelah bertapa selama yg telah ditetapkan.. (gambar sebenar terpaksa dikaburkan rupa wajah mereka untuk keselamatan)
Si Pengamal Pertama
Si Pengamal Kedua
menurut wikilick, amalan ini dikatakan memakan masa yang tidak lama kerana badan cepat lenguh-lenguh dan memerlukan herba akar kayu pokok tualang untuk bertahan pada kadar yang lama. antara kelemahan teknik ini adalah, ia memakan masa yang lama utk bertapa dan bersemayam di atas gunung yang berlalang dan tiada punca kehidupan kemanusiaan. rugi dan buang masa..
dan anda yang membaca artikel ini, juga membuang masa..
11 untuk 2011...