takpe, bersyukur..
kalau pancing undi..? nampak politik murahan pulak. huhu..
org kata hobi boleh menjadikan kita 'sanggup' utk hobi itu. cthnya, memancing. org memancing ni, akan berhabis untuk joran, kail, mesin(reel), dan aksesori2 lain, untuk seekor atau lebih ekor-ekoran (hasil) yg berada di dalam air tu (ikan, udang, atau mungkin sotong.) malah, bot juga akan dibeli utk memperluaskan kawasan pencarian hasil.. mamandangkan ayah penulis telah berjaya mendapatkan sebuah bot idamannya, sepulangnya penulis di halaman rumah, maka.. "mancing udang nok? maghi, ptg ni ke, esok ke".. kelihatan kesungguhan utk mengajak tu ada.
malah, tidak dinafikan oleh abg, pak2 sdara dan datuk sendiri..
...
org kata, memancing ni kena kreatif, sabar, dan.. bergantung pada rezeki. ibarat fresh grads yang mencari kerja lah katakan.
so, di darat(kampus)lah kena siap2 utk ke sungai/laut. dah sampai ke sungai, setakat bawak buluh kail(cgpa) panjang sejengkal, tak tahu hasil(kerja) apa yang dapat.. tapi, tak semestinya kail(cgpa) panjang 4 meter disamping menggunakan reel berjenama Shimano akan dapat hasil.. umpan(*softskill & personality) jugak kena baik. ...
*softskill - bukan 'aww..' punya
utk hasil yang baik, joran yang resonable jumlahnya (7-15 batang joran), umpan yang sesuai(bukan jajan/jeruk/dll).. dan mata kail yg baik utk digunakan. juga... musim memancing yg sesuai (pasang surut, musim taburan ikan/udang).
tapi, semuanya bergantung pada rezeki.. sbb, bukan kita yg 'control' ikan2 tu.
berikut adalah sedikit gambar2 yg sempat di ambil:
sungai kat sini, popular dengan hasil tangkapan udang.. mmg ramai org berminat dengan sungai ini terutama golongan vateran yang memiliki bot..
hasil yg dapat itulah rezeki kita.. bersyukur atau tidak.. bergantung pada individu.
kadang-kadang, ada orang berusaha sedikit, tp rezeki dia banyak.. lalu dihasad-dengkikan oleh orang lain yg usahanya banyak.. inilah dipanggil ujian dunia.
p/s - 'special request' dari tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan