Isnin, 8 Februari 2010

BV


ihsan Uncle Google Earth...


berikut adalah gambar yang di'printscreen' dari aplikasi percuma dari uncle google, iaitu, bumi google.. garisan-garisan berwarna warni itu melambangkan jarak2 yang akan dilalui oleh para pemarkir..em.. ok, empunya kenderaan, yang meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir di BV. bangunan BV dijadikan sebagai point utama. kenapa? mudah. Garisan2 itu dikenalpasti melalui alatan dalam bumi google, untuk mengukur secara kasar jarak yang bakal dilalui.. dan dieditasi oleh aplikasi KedaiGambar. (photoshop)

Pandangan Bertulis

Parkir BV jika dianalisis dari segi penggunaan dan tapak kawasan yang kosong boleh disimpulkan, berguna, atau in English said, useful.

Final year project bertajuk My Uniten Parkir (MUP) oleh mahasiswa kejuruteraan civil ni menarik dan satu usaha baik..


Namun...ada 3 alasan yang menjadi tetapan pemikiran mahasiswa utk tidak memilih alternatif tu.

3 alasan kenapa parkir di BL/BM/BN atau Cafe:
1. Dekat (dengan kelas, senang.)
2. Dekat (dengan cafe)
3. Dekat (nk balik ke kereta jika tertinggal barang)

3 alasan kenapa tidak mahu parkir di BV:
1. Jauh (panas, hujan..em.. bayangkan hujan lebat.. dan panas menghangatkan..)
2. Jauh (nak patah balik jika tertinggal atau hendak meninggalkan barang )
3. Jauh (500m itu jauh utk berjalan jika terlambat ke kelas)


Bagaimana hendak mengaktifkan penggunaan tapak parkir BV ini..?
Juga ada 3..


3 alternatif mungkin akan menarik minat orang ramai menggunakan parkir BV:
1. Laluan beratap yg teduh meneduhkan lagi sejahtera. Oh~ lega..
2. Memperbanyakkan kelas/kuliah di BV. Pensyarah rasa, mahasiswa rasa. 1Uniten.
3. .....em.. saman! (*cough) di parkir BN/BN/BM kepada empunya kenderaan yang parkir sepah2.

Wang ringgit. Ape?! Hm.. saman biasany akan menjadi ancaman kepada admin oleh mahasiswa yang menentang tindakan ini dan menjadi isu semasa yang hangat lagi menghangatkan.. ha, admin. ganerates your professionalisme..! amalan 5S juga perlu kepada masalah ini.. (eh?...)


Sungguhpun ada cadangan yg biasany menjadi buahan mulut, buat tapak parkir baru.. pd sisipan idea ni, lebih bijak adalah tapak parkir yang bertingkat-tingkat (ibarat mangkuk tingkat atau lebih di terengganu/kelantan popularnya dipanggil ‘tenong’)..
contoh institusi pendidikan tinggi yang telah membinanya, UiTM.. masalah parkir utk para mahasiswa dapat diselesaikan..tp, dengarny, kat UiTM pun masih xdpt2 selesaikan masalah parkir, sungguhpun..dah buat parkir bertenong. Students UiTM kan ramai... xmengapa.

Jadi..
3 alasan untuk membina tapak parkir baru berhampiran bangunan akademik. (bertingkat boleh, tak bertingkat pun boleh)
1. Hilang masalah parkir sepah. (mungkin..)
2. Hilang pening mencari parkir. (mungkin, jugak..)
3. Hilang masalah orang maki hamun/tinggal nota atas kereta/mencarut dan langgar diam+lari. (pasti..!)

Mungkin... mungkin admin kate.. kalau parkir bertingkat.. apakah kejadian panas seperti “di kolam renang dan langgar pak gad” akan berulang? (memandangkan ...em.. ‘orang sekarang’ yang... em..)

3 alasan untuk mengawal penggunaan bangunan parkir bertingkat. (dengan baik insyaAllah..)
1. Memagari pintu utama masuk/kuar dan pintu2 kecemasan (pilih pagar yang boleh harap; ‘pagar yang tak makan padi’)
2. Menetapkan waktu buka dan waktu tutup
3. Bayaran! Sekejap.. em.. bagi menampung debit pembinaan bangunan ini. Yeah.. (dan kembali free bila dah abis bayar hutang..!)


Wah.. ok, dah bnyk songeh.. em.. jgn bersangke camni. Ini cuma cadangan, sekadar mencerna titisan-titisan idea yang terkatup.. dan menulis/bercakap itu lebih meluahkan dari memendam tanpa siapa mendengar.. oh, ok.. zzZ..



Jd.. ni ad assignment utk anda...kalau nk wat, silakan.. kalau xnk..biarkan...

3 alasan untuk mempelbagai-guna bangunan parkir-bertingkat. (i.e: aktiviti pelajar, market)
3 alasan untuk menjadikan bangunan parkir ‘mesra hijau’ (green) bagi elak global climate. (i.e alternative evergy)
3 alasan untuk memelihara bangunan bertingkat daripada nampak usang. (hiasan pokok rendang x berbuah.. em..)
3 alasan untuk menjadikan bangunan parkir sebagai mercu CoE..(i.e gambar semasa grad..)
3 alasan untuk menjadikan sebahagian kawasan parkir tempat study berhawa dingin.. oh! (i.e tempat study b4 test/quiz)

3 alasan untuk ....ok, penat..




Uniten Generates Professionals, You Generate Ideas.. I Generate...zzZ..

Tiada ulasan: