Ahad, 30 Januari 2011

Sorry, Got a Show

with Atilia? oh!










p/s - betul, saya bukan seorang artis. bukan seorang rock star. dan bukan stage performer.

Isnin, 24 Januari 2011

Burung-Burung Yang Marah

atau dipanggil sebagai Angry Birds.


fakta yang perlu tahu:
-burung2 marah sbb bab1 curi telur mereka sbg masakan.
-burung2 melastik diri mereka untuk memusnahkan kubu bab1 hijau.
-setiap burung mempunyai keistimewaan tersendiri.
-3 bintang adalah penanda aras markah tertinggi.
-setiap bab1 hijau yang terbunuh diberi markah 5000
-dan setiap bahan2 yang dirobohkan juga ada markah spesifik.
-perlu mengumpulkan telur emas untuk 'unlock' sesuatu.




fakta yang tak perlu tahu:
-start main sejak Aizul 'ch0c' membeli iPhooone4. Nov '10..?
-ketagih, kerja selalu dtg lambat.
-pelbagai versi menyebabkan laungan monolog, "challenge accepted..".
-cth versi2: Halloween, Christmas..



Markah Terbaik..



Versi Apple iPad kakak. puas.




p/s - jangan mulakannya dengan serius.. sangat, ketagih.

Khamis, 20 Januari 2011

Gambar Lappy Tempoh Hari



gambar ini mmg disengajakan untuk dihorizontalkan.. bagi kepala teleng sedikit..

Ahad, 16 Januari 2011

D'sara

ramai orang suka dengan beliau mase majlis kat damansara...
beliau suke ke?

Sabtu, 15 Januari 2011

Gagal-tasary

Season ke-3..

semenjak bermulanya ketenggelaman sinar pasukan batch, dengan 'peralihan' sebahagian besar pemain-pemain kesebelasan utama galatasaray ke lanun orlando, harapan utk ke liga kalah mati uniten cup telah dijangka sejak awal sem. tak berdukacita, tak hairan dan tak bersimpati. orang kata, lumrah. dan, kawan tetap kawan.

bila dah tengok keadaan hilang arah tuju ni, sedikit hilang harapan utk galatasaray. namun usaha faiz dewa yang bersungguh-sungguh ni, ada rasa nak kekal biarpun tawaran tender ke pasukan lain masih terbuka..

dari search player 1 campus, pemain muda dan bekas pasukan lain, hingga ke nak buat jersy player tu, dah macam nak same taraf manager untuk pasukan Belia 4B Kampung Alor Akar, Beserah Kuantan yang begitu besemangat..! (teringat pasukan muda dalam liga bernama 'Eraser B' tahun 1995) mencari-cari utk melengkapkan kesebelasan utama dan di bangku simpanan.

maka ini senarai player(mungkin berdasarkan bukan nama sebenar) dan no. di jersey masing2.

Bam Kapo (22)
Hadri (2)
Roy (69)
Namek (6)
Faiq (33)
Safwan (9)
Along (15)
Che E (4)
Ziri (8)
Ram J (3)
Ayoi (12)
Due Basri(18)
Syahir (10)
Dely (5)
Acap (14)
Azri (13)
Arvin (16)
Gordon (7)
Acai (11)
Nuare (26)
Bo (23)

siapa tahu gandingan pemain baru dan lama akan timbul suatu kimia yang baru?
statistik di hujung permainan akan beri jawapan.

dah dapat baju ni, semangat player berkobar-kobar. lagi2 manager dah setting pre-match dengan 2 team yang dikatakan hebat di ketika ini.. fuh, bagaikan sang rajawali yang bangkit terbang dari abu. ah, habuk *batuk2*



PRE-MATCH

Sat Dec 4
OLD FALAHIAH BOYS 1 - 3 GALATASARY
(jurufoto: pelbagai kaum dan bangsa)






Bak kata, inilah penyuntik semangat bagi galatasaray yang berjaya menjaringkan 3 bijik gol dengan 1 bolos. Namun, manager telah berpesan awal, usahlah berasa besar hati kerana ini hanyalan pasukan yang mudah di'makan'. ada lagi satu team yang ganas bakal galatasaray tempuhi.. iaitu, Lanun Orlando..

Sat Dec 7
GALATASARAY 0 - 5 ORLANDO PIRATES
(jurufoto: mindfunk)








ini lah orlando pirates.. keganasan mereka menunjukkan level basic untuk Uniten Cup nanti.. persembahan galatasaray setara ini menunjukkan prestasi yang tidak memberansangkan.. sungguhpun begitu perlawanan ini tidaklah begitu serius yang memerlukan keseriusan yang menyeriuskan.. ceh.







Namun bila tiba saat-saat yang serius...

Wed Dec 22
F.C BARCELONA 3 - 0 GALATASARAY
barca

komen:
padang banjir, organizer suh main gak.
ref bangang. ketat.
ref hati mudah tersentuh jika ditegur(lalu berpihak kepada pihak lawan)
penalty tak masuk.




Tue Dec 28
RED STAR 6 - 1 GALATASARAY

Reddo

komen:
kapten paling bersemangat.
ada player kata dia cuak.
ada player mudah tersentuh bila ditegur kapten ganas.
padang sejarah yang menyebabkan kekalahan season lepas.
paling teruk bolos dalam sejarah penulis.


Tue Jan 04
GALATASARAY 0 - 2 CELTIC FC
celt

komen:
penulis tak main. ada kelas.
hujan lebat guruh kilat : ref&organizer suh main jugak.
memandangkan game terhenti pd minit ke-60, ref kata boleh sambung lagi match lain kali. lalu "kalau tangguh pun, gala dgn celtic.. celtic kuat. so camne, terima je lah ek?" <- kata2 dari organizer yang TIDAK PROFESSIONAL.







Jadi, kesudahannya.. jodoh galatasaray utk kali ini ke Uniten Cup tidak ke sampaian..
Maka secara gagalnya, layak ke Organizer Cup...



ORGANIZER CUP
Tue Jan 11
OSASUNA FC 3 - 0 GALATASARAY

*mamandangkan kali ini tiada jurukamera yang berminat dengan kegagalan galatasaray untuk bermain dengan menarik, maka tiada gambar yang berjaya diambil pada hari tersebut.

komen:
awal-awal dah menjangkakan tournament ini bakal menemui ajalnya jika player main teruk


dan akhirnya, kalah.






berdasarkan result, galatasaray gagal.. biarlah lah orang nak kata pemain OK ke, jersi cantik ke, manager kacak dan comel ke, kapten lantang ke, striker selangor ke, tatoo ganas ke, bila org tgk result teruk.. orang akan kata tetap teruk gak. paling murni bestari pun orang akan kata "tak bernasib baik". ye la kan, time nak main je, hujan. dah tak hujan, pemain-pemain pasukan utama ade kelas/test pulak.. fate or luck? or both of them.. without 'ate' and 'l'..




pertama, kapten menyatakan hasrat memohon maaf terhadap semua teammate nya kerana mempunyai sifat amarah yang sangat agressif. sungguhpun tiada kata kesat dikeluarkan, ia mampu merobek hati dan emosi berdozen jejaka yang kental. pemain-pemain yang Carrie junior foundie, yang main team utama dan simpanan, anda ada bakat untuk pergi jauh. jangan berhenti bermain sebab nak goreng alat muzik sekadar untuk menjadi 'chick magnet' atau nak bina badan boleh tayang kat awek-awek uniten atau bermain masak-masak.. rugi bro. hilang semangat kepasukanan.. jadi, biarkan ia berkelangsungan. oh! the best thing is, proud to play with all of you. kepada member2 yang lain, korang best. harap-harap dapat balik semangat kekawanan dan 'fitness' 1st year dulu. woha!
dan, buat manager, faiz dewa yang bersusah payah demi pasukan galatasaray ni, maaf kerana tidak berjaya membawa gala ke tahap yang lebih men'dewa'kan anda sungguhpun telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan. sob2..


nama galatasaray hebat. nama kelab kat turkey tuh.. mana ada sejarah uniten cup ada team dari bekas kerajaan kalifah uthmaniyyah. pak arab yang mengaku dirinya sebagai middle eastern pun pakai team barat.. letak la İstanbul B.B ke, Al Ittihad ke, Al-Rayyan Sports Club ke, Maccabi Haifa ke.. erk

ade ke patut kata nama galatasaray sial.. mane boleh. tak baik punyer.. tp, kalau ada org sialkan team yang main ni, maksudnya mmg mamat tu pen'sial'an yang luar biasa.. sebab jampi dia berkesan terhadap team ini. hahaha..

satu suara ada menyatakan bahawa, galatasaray uniten akan ke 7kaki mendalam 7kaki memanjang 3kaki melebar. ini mungkin akibat daripada prestasi yang menurun dari awal musim sampai sekarang dan perpindahan pemain yang bertaraf 4.5 bintang ke pasukan lain.. juga ada yang berimpian untuk menjejakkan kaki ke Uniten Cup yang berprestrige, lalu dibukakan jalan yang lurus untuk team baru dengan nama baru. maka, nama galatasaray mungkin tiada lagi untuk akan datang.

all the best lads.



STATUS: FREE AGENT

Selasa, 11 Januari 2011

Rosak

rosak akhlak? tidak, lappy rosak.

punca:
hang dan mengeluarkan bunyi yang pelik pada kadar yang agak lama tanpa disedari ketika tertidur menonton online stream live football match.. hanya tersedar dgn lincah memadamkan suis utama notebook apabila termimpi terkena tembakan senjata api yg berterusan(ttttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....), namun masih lg hidup dalam mimpi..

simptom yang dihadapi:
1. notebook tidak memberi responds sebelum logo Microsoft Windows 7 mengilluminasi..
2. setelah restart, hard disk tidak dapat dikesan(detacted) semasa boot setup (ape ntah namenye yg tekan2 [F2] tuh..)
3. skrin biru (blue screen) muncul tanpa keizinan beberapa kali biarpun pecubaan selamat telah berjaya tiba di desktop tanda permasalahan yang tiada berkesudahan..

kesan-kesannya:
1. kemurungan, sedih, tertekan, emosi,
2. petir-petir otak(brainstorms) sabung menyabung utk cernaan idea, namun akhirnya buntu ibarat daun-daun jatuh berguguran, pokok tumbang.
3. ketibaan PC desktop (biarpun terletak di bawah meja) ekspres dari pantai timur dalam masa 9 jam.
4. resume, cover letter, labs reports, photoshop... tergendala.
5. tak dapat mengemaskini blog.
6. tidak lagi portable..(utk dibawa ke kelas)
7. tiada transaksi gambar menggunakan gigi biru (bluetooth)
8. sempit
a. ruang (penggunaan paparan CRT ala tahun 90-an yang melampau makan ruang)
b. masa
c. duit (bakal, utk pembaikpulihan notebook dan menaiktaraf PC desktop)


kebaikan:
1. hm... boleh sambung kerja, akademik.
2. em.. berhubung kembali dengan rakan-rakan.


keburukan:
1. perilaku yang sama bila mana menghadap notebook sebelumnya.
2.
3.
4.
5.
.
.
.


hm...


kesimpulan:
yang penting, tidak dapat update blog dgn gambar2 yang mutakhir..