Selasa, 11 Januari 2011

Rosak

rosak akhlak? tidak, lappy rosak.

punca:
hang dan mengeluarkan bunyi yang pelik pada kadar yang agak lama tanpa disedari ketika tertidur menonton online stream live football match.. hanya tersedar dgn lincah memadamkan suis utama notebook apabila termimpi terkena tembakan senjata api yg berterusan(ttttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....), namun masih lg hidup dalam mimpi..

simptom yang dihadapi:
1. notebook tidak memberi responds sebelum logo Microsoft Windows 7 mengilluminasi..
2. setelah restart, hard disk tidak dapat dikesan(detacted) semasa boot setup (ape ntah namenye yg tekan2 [F2] tuh..)
3. skrin biru (blue screen) muncul tanpa keizinan beberapa kali biarpun pecubaan selamat telah berjaya tiba di desktop tanda permasalahan yang tiada berkesudahan..

kesan-kesannya:
1. kemurungan, sedih, tertekan, emosi,
2. petir-petir otak(brainstorms) sabung menyabung utk cernaan idea, namun akhirnya buntu ibarat daun-daun jatuh berguguran, pokok tumbang.
3. ketibaan PC desktop (biarpun terletak di bawah meja) ekspres dari pantai timur dalam masa 9 jam.
4. resume, cover letter, labs reports, photoshop... tergendala.
5. tak dapat mengemaskini blog.
6. tidak lagi portable..(utk dibawa ke kelas)
7. tiada transaksi gambar menggunakan gigi biru (bluetooth)
8. sempit
a. ruang (penggunaan paparan CRT ala tahun 90-an yang melampau makan ruang)
b. masa
c. duit (bakal, utk pembaikpulihan notebook dan menaiktaraf PC desktop)


kebaikan:
1. hm... boleh sambung kerja, akademik.
2. em.. berhubung kembali dengan rakan-rakan.


keburukan:
1. perilaku yang sama bila mana menghadap notebook sebelumnya.
2.
3.
4.
5.
.
.
.


hm...


kesimpulan:
yang penting, tidak dapat update blog dgn gambar2 yang mutakhir..

Tiada ulasan: