Ahad, 24 Julai 2011

Kamon la Bo

satu hari ada member datang rumah aku nak pinjam sket barang akedemik utk sem ni, sedang aku amek latihan industri..

panjang lebar berbual sampai nak kat tgh malam jugak la..


once dah siap2 nak angkut barang, sambung lagi borak kat luar rumah.. tetiba, dia berpaling ke sebelah kanan dan terus bertanya.. "jiran ko ni pompuan ke..?", aku jawap ringkas "ye, baju2 kat ampaian sbg bukti..". "serius...?", dgn gaya sedikit terkejut. "ha'ah, org tnb gayanye.. mcm keje kat kampus kite je..", tambah aku.

aku tetiba sedikit terkesima dgn soalan dari dia, "ko takde nak try ngorat gadis2 tu..?".. aku terdiam sesaat. "ala, bo.. ngorat je..", cadang dia.

"tah la.. aku tak prasan pun muka deorang camne.. lawa ke tak aku tak tahu.. xpenah tgk muka", gurau aku.

"kamon la bo, semua lelaki curang kot...", potong dia.

bila sedetik statement camni, aku tak pasti samaada ini satu gurauan atau pekara serius untuk aku consider.

"aku tak kot.. aku macam ni je..", jawab aku dgn serius diselangi sedikit gelak kecil..


"haha, kalo camtu bagus la.. aku gerak dulu la weh.."


konversasi ditamatkan dgn style member2..




tapi, ape yg terjadi pada aku..?





p/s - aku mintak maaf kat member aku sbb aku nak tulis atas dasar peribadi utk ingatkan aku.

Tiada ulasan: