Rabu, 20 Mei 2009

Masalah

HILANG WALLET LAGI!

menurut sumpahan dari kedua ibu bapa aku, aku seorang yang cuai.. atau dalam bahasa enggeresss, careless..

cakap pasal sumpahan, mmg susah nak caye.. tp, kate2 mak bapak adalah doa..

ni bencana yg ta dapat dielakkan kerna sumpahan ini berlaku sejak aku kecik.. dari dulu sampai awal abad ke-21 ni.. dah besar camni pun pegang barang mahal sikit je terus sound.. aku kecewa..

_______________



berkaitan dgn kehilangan wallet.. ini adalah 1 bencana.. Bencana! Bencana!, sebab, aku da hilang ic buat kali ke-3... yg second tu jumpe balik, lepas buat ic baru.. isk. pastu, ni plak cicir entah mane.. sedar2 turun bas, lepak2 jap.. nak beli air, wallet xde.. barulah mule nak istighfar.. haih~..

ic 2 keping, matric kad, bank kad ade 4, health insurance lg.. touch n go br reload lagi.. duit.. surat saman(simpan sbg simbol amarah dan berjaga2) ..haih~..

Selasa, 19 Mei 2009

Bas Yang Paling Sihat




bas ini merupakan bas paling legend pd penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21. kesohoran bas ini begitu meluas di kawasan bandaraya kuantan dan juga bandar chukai. kerana bas ini begitu mahir dengan kancah sepanjang jalanraya daripada kuantan ke chukai...

dari Stesen Bas Tempatan Benteng(kuantan), mengular ke Jalan Besar, membuat U turn ke Jalan Mahkota, lalu men'cilok' melalui jalan mahkota ke jalan Teluk sisek. Setelah itu, mengambil 'lap' kesebelah kirinya menghunus ke lebuh utama, ke Jalan Beserah.. sampai lah ke~~~ jalan masuk ke pelabuhan.. lalu barulah menerjah masuk ke jalan pintasan kuantan.. sepanjang perjalanan inilah bas ini akan menuju ke bandar kedua tersibuk di terengganu..


namun begitu, iyanya tidaklah se'sihat' yang telah dijangka.. malah mungkin membahayakan kesihatan penumpang-penumpang yg sihat..


penghawa dingin takde.. penghasilan karbon monoksida banyak.. haish..~
tapi, kalau takde kenderaan, inilah pilihan terakhir.. sebelum jalan kaki atau berbasikal..

p/s - penyeksaan pernah dirasai ketika menaiki bas ini..