Selasa, 19 Mei 2009
Bas Yang Paling Sihat
bas ini merupakan bas paling legend pd penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21. kesohoran bas ini begitu meluas di kawasan bandaraya kuantan dan juga bandar chukai. kerana bas ini begitu mahir dengan kancah sepanjang jalanraya daripada kuantan ke chukai...
dari Stesen Bas Tempatan Benteng(kuantan), mengular ke Jalan Besar, membuat U turn ke Jalan Mahkota, lalu men'cilok' melalui jalan mahkota ke jalan Teluk sisek. Setelah itu, mengambil 'lap' kesebelah kirinya menghunus ke lebuh utama, ke Jalan Beserah.. sampai lah ke~~~ jalan masuk ke pelabuhan.. lalu barulah menerjah masuk ke jalan pintasan kuantan.. sepanjang perjalanan inilah bas ini akan menuju ke bandar kedua tersibuk di terengganu..
namun begitu, iyanya tidaklah se'sihat' yang telah dijangka.. malah mungkin membahayakan kesihatan penumpang-penumpang yg sihat..
penghawa dingin takde.. penghasilan karbon monoksida banyak.. haish..~
tapi, kalau takde kenderaan, inilah pilihan terakhir.. sebelum jalan kaki atau berbasikal..
p/s - penyeksaan pernah dirasai ketika menaiki bas ini..
Label:
picturama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan