Isnin, 28 Mac 2011

Latihan Industri

Siapa sini yang dah dapat tempat latihan industri, yang lantang sampai nak gila..?

setakat ini dan sebelum-sebelum ini, masih belum ada sejarah terdengar.. paling2 pun sorak sekali. itu, normal la.. tapi, masa pertengahan semester aku terdengar. bagai nak rak lah. macam nak runtuh lantai melompat. gembira lantang pulak lagi. adoiyai. intern, belum bekerja gaji RM1 juta sebulan pun... member2 lain yang dapat tidak pun sampai menggelepar kecoh macam tu sekali.. isk2. ape daa. gelabah weh.


oh, aku dah dapat tempat intern.. tempat biasa. tapi sesuai dengan minat aku mereka-reka (designing ) menggunakan perisian lembut(software) berkomputer.. (tak power, tapi minat. sila bezakan) mula-mula nak mintak kakak aku adjust kat Toyota memandangkan dia pun kerja kat situ. tapi, secara strategiknya, cyberjaya lebih dekat daripada shah alam, baik lepak dekat-dekat. economically wise ;)

diperkenalkan secara mudah oleh sir Prem dalam kelas MDP, once aku ignore sebab kakak aku dah bagi green light kat tempat dia. justifikasinya, ini peluang mudah, why not?. dah hantar kat schlumberger kemaman, kertih terminal, perodua rawang, sony bangi, dan lain-lain dalam jobstreet hantar banyak, 1 je panggil untuk interview.

syarikat ni menurut research aku, masih baru - tahun 2007, syarikat tempatan kerjasama dengan Jepun dan clients dari company besar. aku kata, 'wow' jugak la. ajak kael join, dan dia tolong buat call utk tanya vacancy. masih ada, dan perlu send e-mail pada syarikat secepat mungkin.. dan selepas 2-3 hari, ringkas cerita, staff sana call kata datang hari Rabu utk interview. memang 'what the..'-lah... dah la minggu tu minggu kelas-kelas terakhir (soalan chapters yang menrangkumi dalam final exam), aiseh. lalu, terus berniat untuk melepaskan kelas tutorial pagi tersebut.. lalu,

"ah, sahaja aku memonteng kelas tutorial heatterteransefaerr.. 1 jam pada pagi ini kerana hendak pergi ke cyberjaya untuk interview... erk" tahrubu min wajib..? ok, bye


-versi diari-

jam 8.45am..
"ish, asal tak angkat phone ni.. tak nak datang ke.." namun, ini adalah peluang baik di saat yang memerlukan kebaikan.. so, datang la pagi tu ke sana, 'keseorangan'.. *sobs. setibanya kat sana, aku tak jumpa bangunan yang terletaknya office tu.. peta yang aku print terlupa bawak pulak, credit 35sen, yang ada phone murah tanpa teknologi 3G. yang ada hanyalah cebisan peta google map yang disimpan dalam otak. cuak2. lalu, secara tiba-tiba.. andy call. "weh, bo.. ko dah.. gi.. uniten..?", dengan suara yang lemau baru bangun tido. "lom-lom. kat cyber ni.. leh tlg aku tak..? ko depan computer kan? (since bunyi mouse click yang nyata), carikan aku name company ni.."

fuh, semangat. at last, jumpe gak..kalau la andy tak call, ...berpeluh aku nak mencari 4 bangunan bertingkat-tingkat tenong(*rujuk istilah terengganu) ni.

jam 9.10am..
lambat.. pintu masuk kena ada touch card. hm.. ganas gak. masuk je office tu, berjumpa dengan 2 orang gadis, sorang dari utem (tak kenal), sorang lagi uniten final year yang berkemungkinan nak bekerja terus.. nama dia tuty. (mesti ramai yang kenal tunang orang ni kan..? aku je noob sikit *cough) setapak dua aku melangkah ke meja, lalu, dia cuba membuka bualan, "macam kenal.. uniten?", oh. sejak bila aku dikenali? tegur tiada dalam kamus. sangat Oh!Tidak.com ni.. aku anggap, mungkin dia salah orang..

ok, cerita habis di sini.


jam 9.15am...
ada 2 tests, tapi kalau intern, hanya 1.. hm.. dan 1 sesi temuduga, dan 2, CATIA.. hehe yg cari kerja je kena buat. jadi dugaan-dugaan ini mudah diduga... hoho.

yang pertama, ada sesi introduksi dan sedikit latar belakang dan video korporat.. cool, pakai SolidWork. raziq penah bermadah, SolidWork senang.. hm.. istilah 'senang' daripada raziq. [~_-] ..hmm.. selepas tu.. sesi ujian melukis. yea, sungguhpun aku bukan dari sekolah teknik, tapi melukis itu best.. setakat ini, hasil pembelajaran gabungan logik, kreativiti dan imaginasi subjek engineering drawing sedikit berkarat bakat aku. tapi, relax ar..~
soalan 1... cari garis yang tiada pada unjuran sudut ketiga(third angle projection).. hampir pejam mata siapkannya. *cough. soalan 2.. lebih kurang sama.. mata cerah sikit. keringat di dahi sedikit mencurah. soalan ketiga.. paparan isometrik(isometric view) "amek kau..!" baru tahu kau apa itu maksud berkarat. ok, selamat tinggal soalan2 itu.

jam 10.20am
rehat kejap.. pegi 7E bawah yg agak hambar, pow surat akhbar percuma, The Sun. "eh, ada jugak kat sini. free, kak?".. dgn muka kerek "-hm.. free."

jam 10.30am
masuk sesi interview.. ouuh, siap pasang kamera sensawang(webcam). macam pesalah jenayah antarabangsa, "Lelaki tidak kacak dan kurang rambut dikehendaki. Ganjaran: RM5000". erk.. em... sesi agak santai, tapi formal.. ditanya pelbagai. kebanyakan berkenaan dengan 'kesungguhan'.. mencabar kreativiti menyelesaikan satu situasi.. dan sejauh mana boleh pergi. fuh. tapi ada satu soalan yang down sikit.

"oh, minat bola.. EPL, team mana?" "-em.. Arsenal..isk, tapi match pagi tadi....." "oh.. hehe. ya, ya, takziah atas kekalahan Arsenal kpd Barca pagi tadi. heheh.(last 16 match)" "-hehe. *+ senyum tak ikhlas* tu la, sedikit kecewa... (cis, kau!)"

jam 10.45am
sesi interview abes, aku pun keluar dari bilik konfrantasi sambil berbual kecil dengan gadis utem di sofa luar yang cuba bergossip pelbagai kemungkinan soalan yang bakal ditanya. memandangkan tuty sedang berCATIA di bilik komputer, maka aku jadi peneman beliau seketika. erk. my bad. lepas gadis tersebut dipanggil, lalu aku berundur diri untuk hadir ke kelas EIS yang blues dan ctrl system untuk mencatit nota penting serta mendengar vocal pensyarah wanita terbaik dari dr. agil.. oh!




jam 1.00pm
*check telefon genggam* "2 Missed Called." *call balik* Truutt.. Trutt..
"ya, (*borhanuddin - bukan nama sebenar).. skarang boleh datang balik kat office tak? ceo nak jumpe.." what the..

ok, niat ponteng tech com pulak..



-versi diari berakhir di sini-


ok, taknak cerita panjang-panjang.. nanti boleh jadi konroversikontroversi.


komen: sangat mengujakan.. tapi, kenapa aku? hm.., diam dan bersyukurlah... itu lebih penting. usaha dan doa terjawab. :)




p/s - 4 down, 1 to go.

Tiada ulasan: