emosi pelajar kepada pihak atasan menyerlah apabila pemasangan meter tambah nilai elektrik di setiap rumah pelajar..
dengan satu demi satu pelajar menghamburkan kata-kata kesat dan tidak sopan kepada pihak atasan yang mengambil sikap keras terhadap pemasangan meter tersebut. pergh. skema ayat.
ni lah, bila konsep firma pengsyarikatan kat institusi pendidikan.. meminimakan kos, memaksimakan keuntungan.. orang yang susah menjadi mangsa. orang yang senang, akan senang. dan paling menyedihkan, bila orang yang senang bercakap mengenai cara-cara mengurangkan kesusahan. "berjimat la, berserdahana la, ubah gaya hidup, itu suma apa nama.. Depa cakap hal apa nama... apa nama.. alah, pasai hidup susah pa nama itu la, tapi depa esok senang lagi.. kami yg susah la yg patut luahkan pekara yg kami lalui harghi2.. depa dengaq masuk kut kanan kluaq kut kirghi".. ujar seorang jejaka yang baguih slang utagha nya..
mmg penulis tak hadir mase majlis 'dialog' (baca: pengumuman) bersama pihak pengurusan (yang tertentu) sbb penulis dah agak, pihak pengurusan tidak akan berganjak dengan keputusan mereka. "nok wak guane lagi. bende pasang doh. prabih pitih banyok mane doh owk? doh kite bleber depang ye ppong dakkang ye nok khrobek meta hok doh lekat di umoh blake, pah nok cabuk sutir-sutir... dok rokk mung.." keluh mamat dari terengganu pulak. secara logiknya, pelajar hanyalah sumber kewangan bagi pihak pengurusan. jadi, nak tak nak, mmg akan kena bayar elektrik.
macam kes penginapan ilmu. keputusan kata nak bagi lelaki masuk.. punyalah semangat puak2 ni nak tentang.. last2 ade jugak lelaki masuk..
tak leh nak salahkan MPP. sebab penulis dah tahu.. konsep MPP kat sini sama je konsep MPP kat kolej-kolej matrikulasi. mereka sekadar konsulat koordinasi. 'representative' kurang effektif. kalau kat CFS uia (centre for foundation studies) dipanggil fscc(foundation students coordination council).. cuma koordinasi program pelajar. cth, sukan, pengurusan kelab2, program tahunan..dll)
jadi kalau kat uniten ni, ada nampak sedikit persamaan... cuma, ada kelebihan buat dan join program kelab lain.. walhal, berbanding dgn ipta yang mengundi, mereka bersungguh nak menang. ada 'fight'. kemenangan mereka sangat bermakna (bagi yang faham akan semangat kepemimpinan) kerana terdapat sokongan dari mahasiswa2 sendiri. dan mereka boleh buat program yang menyeluruh dan sendirian berhad, tidak sekadar program 'ikut telunjuk' pihak pengurusan. program drp mahasiswa, kepada mahasiswa. orang kata, jiwa sama. tahu apa yang sesama mahasiswa nak. tanpa memikirkan KEUNTUNGAN wang ringgit YANG BERLEBIHAN.
"sangat mencabar kan?", tiba-tiba ada si gadis manis bertudung labuh bersetuju dgn pendapat penulis yang agak bernas ini.
justeru, hal pihak atasan ni.. kenapa pasang bagi lagi susah dekat pelajar ni..?
yuran apartment tiap beberape tahun naik... yuran akademik lagi.. harga barang kat luar pun naik.. ptptn lagi lah ciput, ntah bile dapat naik.. nmungkin pihak atasan tidak dapat rasa apa yang pelajar rasa. mungkin deorang rasa duit tak cukup lagi.. tapi, kita rasa bagi duit dah, ape lagi yg tak cukupnye..?
jadi, timbulkah pra-sangka dari kami sekalian.....
haa... ke mane duit tu pergi..?
haa... ke gaji VC terlebih tinggi..?
haa... ke sebab ada kontraktor bayar kat sape2 tak..?
haa... pak arab bukan bayar lebih ke..? dah la wat rosak lif cendi.. ops.
dah la lecturer star blah dari college..
haa... sebab gaji derang kecik dari U lain ke..?
ai.. ai.. ni yang.. ai. ai..
ok, ter'emo' sikit..
sebab ternampak page ini..
B.A.K.O pihak pengurusan.. B.A.K.O
sejauh manakah rasional pihak pengurusan buat macam ni.. adakah terpaksa atau, dipaksa..?
pesanan ringkas dari pelajar UK,
p/s - penulis duduk luar kampus. tapi, atas dasar fikirkan bersama. saya menyokong pihak yang membangkang idea tidak bernas dari pihak atasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan