kenderaan adalah satu kemudahan...
tapak parkir pula adalah satu kemudahan utk meletakkan kenderaan ketika pemandu tidak menggunakan kenderaannya.
di uniten, di COE terutamanya.. kawasan tempat letak kereta.. terhad. maka, apabila terhad, maka kedudukan kenderaan di kawasan parkir agak kritikal. apa yang dapat dipraktikan hanyalah cara parkir yang persis dan muat. apabila terdapat seorang atau dua, mungkin tiga orang pemandu yang tidak berhemoh-hemoh pada kawasan parkir, sudah tentu menimbulkan rasa tidak senang kepada para pemandu (mahasiswa) yang ingin meletakkan kenderaan mereka.. penulis 'confirm', takkan ada seorang yang tidak berasa pelik dengan cara parkir pada gambar2 di atas, kecuali mereka yang bersangka baik.. (husnuzonnnnn~)
dalam misi menulis cakna-mencakna masalah kekurangan parkir di uniten, maka setiap individu perlu mengadaptasi toleransi.. in
jadi, bila mana kawasan tapak parkir yang sangat terhad, dan majoriti mahasiswa uniten pula terdiri daripada keluarga yang mampu membelikan sebuah atau dua buah kenderaan kepada anaknya, maka, berlakulah pertumpahan bilangan kenderaan berbanding tapak kenderaan yang disediakan..
di sinilah kite perlu melaksanakan "tolerence adaptation" dikalangan mahasiswa uniten untuk tidak bersikap 'lebih' dalam 'kekurangan' ini...
pengadaptasian toleransi ini perlu, kerana kekurangan tapak parkir ini menjadi kritikal bila mana, mahasiswa yang memandu lambat sampai ke uniten untuk kelas akan tergopoh-gapah untuk mencari tapak parkir yang kosong. maka apabila melihat keadaan tapak parkir yang penuh dan ada sesetengahnya tidak beretika, lalu ini akan menimbulkan kemarahan, tensi, lemas, rimas dan jantung berdebar-debar sbb quiz/test sudah bermula pada saat tersebut.
juga, keadaan parkir yang penuh ini juga menimbulkan impresi yang tidak baik kepada pengunjung-pengunjung yang melihat kenderaan yang diparkir 'sepah' oleh mahasiswa uniten.. sungguhpun nama telah di julang dalam pelbagai kompetisi di antarabangsa dan tempatan, imej parkir pelajar uniten, COE terutamanya, akan tercalar. oh! mahukah mahasiswa uniten melihat berita yang serong terdapat uniten terpampang di
sehubungan dengan itu, bagi membantu untuk tidak berlaki sedemikian keadaannya, toleransi di kawasan parkir ini perlu diadaptasikan setiap masa..
cara-cara untuk memperelokkan keadaan parkir yang tidak baik ini, maka di sini terdapat tips yang menarik.. antaranya..
1. pemandu perlu memiliki kemahiran pemanduan yang komprihensif, efektif, kreatif, elektif, dan kompetitif untuk meletakkan kenderaan masing2 secara berhemah..
2. datang awal ke uniten (cadangan: 30min awal! *batuk*) utk tidak 'kalut-kalut' mencari kawasan parkir yang edisi terhad.
3. parkir kat BV.. err...
4. ...
oleh yang demikian, kita perlu toleransi dalam menggunakan kemudahan yang disediakan.. kata kunci, toleransi.. bagaimana? fikir atas dasar orang yang lain yang nak parkir jugak..
jadi, renung-renungkan.. dan.. se..? sela.....? ok, sambung sendiri...
p/s - tetap untuk menulis, walaupun penulis hanyalah penumpang kenderaan bertayar empat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan