berita akhir2 ini..
penduduk rumah ini yg tidur di ruang tamu merungut akibat serangan pepijat..
serangan pepijat di rumah kian menjadi2.. tangan housemate sume dah tercipta tattoo yang tidak diingini pada lengan, tangan, dan bahagian abdoment lain yang tidak perlu dinyatakan.. keluahan demi keluhan di dengari.. hm..
namun, hanya yang bernasib baik sahaja tidak terkena.. (mungkin tilam yang tidak pernah terpijak oleh kaki...)
memandangkan penulis yg tidur di dalam bilik, arakian, sedikit rasa sedih dengan mangsa serangan pepijat, lalu, kepingin untuk merasa sedikit kesengsaraan untuk tidur di luar.. lalu, salah seorangnya sedia untuk bertukar lokasi tempat tidur...........
maka....bermulalah,
di saat sebelum subuh...
"aduh.. gatal..."
.
..
....
"em..?"... bisik hatiku..
"oh, ini kah yg dimaksudkan.. gatal yang sekejap, tapi sengsara berterusan?"
lalu bingkasku bangun dari peraduan yang sepah-sepah bantal dan melihat di sekeliling kamar selapis ini dimanakah ia bersembunyi.. sejurus itu, aku
aku mengejutkan jiran tilam sebelah yang mukanya menghadap tilam tempat tidurku, bertanyakannya yang sedang dibuai mimpi indah... tersadar dari lamunannya, dalam keadaan mamai, beliau hanya mengatakan, "pepijat..em.. mana..? entah....", menjawab soalannya sendiri dengan baik sekali. kagum.
aku cuba untuk tidak peduli, lalu aku meneruskan perjuanganku, mencari pemangsa durjana ini.
sedang-sedang aku mengesot-ngesotkan tanganku di bawah bantal, aku merasakan sebiji, bagaikan sebiji sagu yang halus.. aku terpinga-pinga... tanpa berlengah, lalu aku meleretkannya ke tengah-tengah tilam pembaringanku...
dan ku lihat....
oh! pepijat!
inikah... inikah.... inikah.....~?
(keadaan menjadi tenang)
jap.. oo.. ni la pepijat yang diura-urakan...
pepijat yang kelihatan bingung itu sebenarnya agak pantas dalam pergerakannya.. ke kiri dan ke kanan.. 'blurred'. teringat kata2 housemate yg juga pernah temui pepijat dalam keadaan sedemikian... walaupun,em..
aku menarik helaian kertas conteng latihan Laplace oleh housemate untuk mencedok pepijat itu bagi memudahkan transpotasi untuk melihatnya di kawasan yang lebih terang. iaitu, di dapur..
"oh, cerek elektrik... hm, nak masak air lah.. leh wat air kopi..", aku bermonolog bilamana menjejakkan kakiku di ruang dapur..
aku menghidupkan suis lampu dapur dengan jari kelingkingku.. (tak tahu sebab apa).
dengan pengamatan cahaya yang mencukupi, aku dapat melihat pepijat di bawah mata kasar dengan baik... pepijat ini kelihatan humairah, iaitu, kemerah-merahan.. dek kesan penyedutan darah ku
aku memerhatikan pepijat yang kebingungan dengan posisi muka surat kertas itu yang aku diterbalik-balikkan kedudukannya... sambil2 berjenaka dengan kebingungan pepijat ini, aku menghunuskan kamera optikal yang tersedia lengkap di alat komunikasiku ini..
setelah aku semakin bosan melihat gelagat yang tidak bermakna ini... "kle-tap!!", bunyi cerek air rebus yang telah menandakan suhu saintifik air di dalamnya telah mencecah 100 darjah Celsius.
"oh, air dah masak... Hmmmm......~", bisik jahatku...
aku... kemudianya berfikir untuk menjatuhkan sang seteru utama terus ke dalam cerek elektrik itu. namun, telalu kejam bagiku.
tapi, aku merasakan, jika dibiarkan... orang akan sengsara... lalu.....
aku menukar kepada opsyen yang lebih baik... iaitu, mengeksperimentasikan 'sauna'...
objektif bagi eksperiment ini adalah, menguji tahap wap air yang boleh diterima oleh sang pepijat durjana..
metodologinya, aku membiarkan pepijat yang tidak bernasib baik itu berhijrah ke penjuru hujung kertas, dan seterusnya, aku memposisikannya ke arah bawah, 90 darjah dari permukaan lantai sinki. ketinggian, 6inci.
hatta, aku mencurahkan
obeservasi pada pepijat, ia seolah-olah 'shuffle' di atas kertas... pada kedudukan >90 darjah itu, ia masih mampu melekat lagi.
sungguhpun begitu, tidak sampai 3 saat... ia terjauh ke dalam sinki.. statik, hanyut...
dan.. hilang dari pandangan setelah masuk ke dalam saluran paip...
hepotisisnya, semakin panas air, semakin membawa maut kepada pepijat..
sedikit terkilan, lalu bermonolog.. "dah la susah nak cari, last2 'hilang' camtu je.. isk2.. tak thrilling langsung.."..
lalu..di pagi itu, barulah terasa... inilah kesengsaraan yang dihadapi bagi mereka yang telah sengsara.. dan, housemate, masih lena di bilik.. hm....
alahai, air panas dah kering dek eksperimentasi sauna pepijat.. tak dapat nak buat air derrr..
oh,pepijat...
info mengenai pepijat yang linknya telah dipromosikan oleh housmate... kat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan