Memaparkan catatan dengan label budak-budak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budak-budak. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Selamat Tinggal K-7-18


Usia, tiga tahun. Ruang lingkup kurungan dan perlindungan


Selamat Tinggal  

Tumpangan..
Teduhan..




Yang akan mengiringi sentiasa di sisi

Kenangan..
Senyum..
Tawa..
Jasa..
Budi..
Ikatan..
















dan,.. masih ada yang belum terpadam dalam sekam. 
sengaja biarkan, sebagai pengajaran.






















p/s - Terima Kasih.

Rabu, 16 Mac 2011

Bolehkah Anda Terima..?




nampaknya kenyataan ini bukan 'troll'...

Ahad, 8 Ogos 2010

Pepijat


berita akhir2 ini..

penduduk rumah ini yg tidur di ruang tamu merungut akibat serangan pepijat..

serangan pepijat di rumah kian menjadi2.. tangan housemate sume dah tercipta tattoo yang tidak diingini pada lengan, tangan, dan bahagian abdoment lain yang tidak perlu dinyatakan.. keluahan demi keluhan di dengari.. hm..

namun, hanya yang bernasib baik sahaja tidak terkena.. (mungkin tilam yang tidak pernah terpijak oleh kaki...)



memandangkan penulis yg tidur di dalam bilik, arakian, sedikit rasa sedih dengan mangsa serangan pepijat, lalu, kepingin untuk merasa sedikit kesengsaraan untuk tidur di luar.. lalu, salah seorangnya sedia untuk bertukar lokasi tempat tidur...........



maka....bermulalah,


di saat sebelum subuh...

"aduh.. gatal..."
.
..
....


"em..?"... bisik hatiku..

"oh, ini kah yg dimaksudkan.. gatal yang sekejap, tapi sengsara berterusan?"

lalu bingkasku bangun dari peraduan yang sepah-sepah bantal dan melihat di sekeliling kamar selapis ini dimanakah ia bersembunyi.. sejurus itu, aku meraba-rabamencari-cari di dalam kegelapan, di manakah yang penghidap darah manisjantan ku ini...

aku mengejutkan jiran tilam sebelah yang mukanya menghadap tilam tempat tidurku, bertanyakannya yang sedang dibuai mimpi indah... tersadar dari lamunannya, dalam keadaan mamai, beliau hanya mengatakan, "pepijat..em.. mana..? entah....", menjawab soalannya sendiri dengan baik sekali. kagum.

aku cuba untuk tidak peduli, lalu aku meneruskan perjuanganku, mencari pemangsa durjana ini.

sedang-sedang aku mengesot-ngesotkan tanganku di bawah bantal, aku merasakan sebiji, bagaikan sebiji sagu yang halus.. aku terpinga-pinga... tanpa berlengah, lalu aku meleretkannya ke tengah-tengah tilam pembaringanku...

dan ku lihat....


oh! pepijat!

inikah... inikah.... inikah.....~?

(keadaan menjadi tenang)
jap.. oo.. ni la pepijat yang diura-urakan...

pepijat yang kelihatan bingung itu sebenarnya agak pantas dalam pergerakannya.. ke kiri dan ke kanan.. 'blurred'. teringat kata2 housemate yg juga pernah temui pepijat dalam keadaan sedemikian... walaupun,em.. comel..kecil, namun, ia tetap diklasifikasikan sebagai seteru utama penduduk rumah ini..

aku menarik helaian kertas conteng latihan Laplace oleh housemate untuk mencedok pepijat itu bagi memudahkan transpotasi untuk melihatnya di kawasan yang lebih terang. iaitu, di dapur..


"oh, cerek elektrik... hm, nak masak air lah.. leh wat air kopi..", aku bermonolog bilamana menjejakkan kakiku di ruang dapur..


aku menghidupkan suis lampu dapur dengan jari kelingkingku.. (tak tahu sebab apa).
dengan pengamatan cahaya yang mencukupi, aku dapat melihat pepijat di bawah mata kasar dengan baik... pepijat ini kelihatan humairah, iaitu, kemerah-merahan.. dek kesan penyedutan darah ku yang panas baran.. tetapi, tiada yang aneh..
dalam gambar tak nampak merah2 sangat...kamera murah.


aku memerhatikan pepijat yang kebingungan dengan posisi muka surat kertas itu yang aku diterbalik-balikkan kedudukannya... sambil2 berjenaka dengan kebingungan pepijat ini, aku menghunuskan kamera optikal yang tersedia lengkap di alat komunikasiku ini..



pepijat menggunakan konsep partial fraction utk menyamar...


konsep Debugging Laplace...


kepantasan pepijat yang.. pantas


kepantasan pepijat yang.. pantas jugak.



setelah aku semakin bosan melihat gelagat yang tidak bermakna ini... "kle-tap!!", bunyi cerek air rebus yang telah menandakan suhu saintifik air di dalamnya telah mencecah 100 darjah Celsius.

"oh, air dah masak... Hmmmm......~", bisik jahatku...


aku... kemudianya berfikir untuk menjatuhkan sang seteru utama terus ke dalam cerek elektrik itu. namun, telalu kejam bagiku.

tapi, aku merasakan, jika dibiarkan... orang akan sengsara... lalu.....

aku menukar kepada opsyen yang lebih baik... iaitu, mengeksperimentasikan 'sauna'...

objektif bagi eksperiment ini adalah, menguji tahap wap air yang boleh diterima oleh sang pepijat durjana..

metodologinya, aku membiarkan pepijat yang tidak bernasib baik itu berhijrah ke penjuru hujung kertas, dan seterusnya, aku memposisikannya ke arah bawah, 90 darjah dari permukaan lantai sinki. ketinggian, 6inci.

hatta, aku mencurahkan kasih sayang air panas di atas sinki... dan melihat kepulan-kepulan wap yang menakjubkan yang terhasil dari proses termo dinamis yang effisyen.

obeservasi pada pepijat, ia seolah-olah 'shuffle' di atas kertas... pada kedudukan >90 darjah itu, ia masih mampu melekat lagi.



sungguhpun begitu, tidak sampai 3 saat... ia terjauh ke dalam sinki.. statik, hanyut...

dan.. hilang dari pandangan setelah masuk ke dalam saluran paip...



hepotisisnya, semakin panas air, semakin membawa maut kepada pepijat..


sedikit terkilan, lalu bermonolog.. "dah la susah nak cari, last2 'hilang' camtu je.. isk2.. tak thrilling langsung.."..


lalu..di pagi itu, barulah terasa... inilah kesengsaraan yang dihadapi bagi mereka yang telah sengsara.. dan, housemate, masih lena di bilik.. hm....

alahai, air panas dah kering dek eksperimentasi sauna pepijat.. tak dapat nak buat air derrr..





oh,pepijat...

info mengenai pepijat yang linknya telah dipromosikan oleh housmate... kat sini.

Rabu, 5 Mei 2010

Cerita Sudah-Sudah

Galatasaray FC..
cerita sudah2.. setelah sekian lama tak menyentuh bola bersama pewira-pewira ini, oh!..

maaf kepada yg tak termasuk dlm gambar ni..



gambar ini, gambar game terakhir di saat pasukan yang diwarta-khabarkan kekuatannya di seloroh pelosok..erk.. seluruh pelusuk uniten..

namun... takdir tidak menyebelahi pasukan ini..


Senarai Pemain:

Manager
Show

Keeper:
Ah Loy

Defender:
Roy
Pokcek
Nuare
Namek
Simon
Faiz Dewa
Bo

Midfield
Rudy
Che E
Zhi Xiang
Saf.Wan
PakYiek
Ziri
Mat Chah
Sahir

Striker
Pokke
Zul Naga
Z
Hadri






galatasaray fc berakhir di quarter final organizer cup 09/10, selepas gagal ke uniten cup.. pemain2 memberikan sehabis baik dan berhempas pulas atas padang.. tapi, entah mana silapnya.. semuanya tidak menjadi.. seperti sudah disumpah-cela(cursed) yang membatalkan usaha2 kami.. oh!.. erm.. inilah takdir..

season ni, walaupun terlibat dengan organizing commitee(tq kpd cik nomi krn sudi invite).. namun, tak rase beban untuk main.. malah lebih bersemangat nak memberikan terbaik kepada kedua-dua aturan.. memberi dua-dua kelebihan yg sama baik.. tidak memberi sebarang masalah sebab, dua-dua program berjalan dengan lancar.. tak pernah rasa kesal.. tak lupa kerja assignment, n tutorial.. tak de masalah..

namun, yg pelik secara tiba-tiba time minggu perlawanan ada seruan 2 kerja design poster perlu dibuat.. due date pulak dekat tarikh game.. (i.e: arini due date, esok main). tambahan, tak cukup info utk buat poster..(i.e: date, themes, venue, etc.) nak siap, info xlengkap.. pelik tu.. buat kena buat, utk member.. dan..... bila dah siap, poster tak terpampang di mana2 info board.. alasan diberi tidak professional dan meragukan.. so, lg 1 poster due after last match gagal ke uniten cup, dah tak ditanyakn lagi..

lumrah kehidupan kene terima.. manusia kan ade macam-macam jenis.. baik, dan tak baik.. dan baik tu, nampak gaya baiknya.. dan tak baik tu, nampak gaya tak baiknya.. tak susah nak tengok.. mata ada.. tak susah nak dengar.. telinga ada.. tak susah nak taksir.. akal ada.. tak susah nak tafsir.. hati ada.. bezanya, buka tak buka.



semoga semangat kental dan jati diri yang kuat pasukan Gala next season dapat beri impak yang kuat kepada team-team lain dan mengekalkan utuh-kuat kerjasama antara pemain..

majulah galatasaray fc uniten.. woha!




Fixtures/Result Galatasaray FC Uniten


League Stage


Home----------Score----------Visitor


Thu Dec 10 [17:30]
Geylang 4 - 0 Galatasaray

Goal(s):
Geylang:
#11 Shafiq '5
#67 Abdul Rahman '11
#17 Khairul Lokman '49
#23 Fairul Izwat '51

Yellow card(s):
Geylang:
#11 Shafiq
#22 Khairul Nizam


Tue Dec 15 [17:30]
Galatasaray 2 - 4 Urawa Reds

Goals(s):
Urawa Reds:
#7 Ahmad Syazwan bin Salehuddin (2 gol)
#9 Muhammad Shahrul bin Ahmad Khairi
#4 Amyr Aryf Akram bin Anuar

Galatasaray:
#9 Zul Naga
#10 Pokke

Yellow card(s):
Urawa Reds:
#3 Zahir Qayyum
#4 Amyr


Wed Dec 30 [17:30]
Galatasaray 2 - 2 Wolfsburg

no info from website


Mon Jan 04 [17:30]
Gamba Ozaka 0 - 1 Galatasaray

Goal(s):
Galatasaray:
#4 Rudy '35

Yellow card(s):
Gamba Ozaka:
#16 Ahmad Syafiq '44


Organizer Club Knock Out

Fri Jan 08 [16:30]
Galatasaray 2 - 3 Electrico Futebol Clube

Goal(s):

Galatasaray:
#13 Saf.Wan '45
#9 Zul Naga '57

Electrico:
#00 Alrefaei Ali '9, '25
#13 Aliff Amiru '11




p/s: bukan nak kate tak ikhlas atau menyusahkan orang. tp, kalau beria-ria nak susahkan pun, biarlah nampak realistik.. rugi kalau buat pd org yg dpt baca taktik kotor..*phew~

Isnin, 18 Januari 2010

The Hem (read: dehem)

"EHEM..!"

"EK.EK.E-EHEM..!"

"HEK-HEM..!"

"KHEK-HEM..!"






necessary to make it out laud..?
lousy..

Ahad, 27 Disember 2009

Hari Ini, 27 Disember.

saya, ahmad bo.

malu dengan diri sendiri kerana meminjam kenderaan rakan serumah untuk.. keperluan diri sendiri.. dengan ini, saya ingin memohon maaf terhadap tindakan saye melanggar kepada janji yang telah ditetapkan kepada diri sendiri.. saye mengerti cuaca hujan itu adalah disadvantage kepada penunggang motosikal. namun, waktu yang suntuk untuk melunaskan janji dengan seseorang pada waktu yang dijanjikan telah memaksa saya melanggar janji diri sendiri. saya merasa malu dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan saya yang em.. tidak patut ini.. oh~

sekian..



i love to drive a car..
to have one.. i wish..





nota malam:
hm.. masihkah anda ingat kepada dialoge ini?

hari ini..
buku yang aku beli sendiri itu, dipinjam sebagai rujukan..
dan dipulangkan.. selepas.. em, takpelah..

oh, same2.. terima kasih katne?

Jumaat, 4 Disember 2009

Log in the book

X: "eh. mane buku log ko?"...

B: "ape..? buku log..?"

X: "ha'ah, untuk lab. asal org lain ade ko xde..?"

B: "oh.. mungkin aku tak amek kot.. :) "

X: "eh, bukan ke td ko ade dlm kelas ke?.."

B: "hm..? ade ek..? oo.. kite sekelas la ye..? takpe2, nnti aku beli sendiri.. 'buku' aje pun.."

X: "ok, beli la. nnti nk pakai.."

B: "ha'ah, td pun die kate penting.. ah, name pun buku log.."

X: "eh, bukan ke td ko ade dlm kelas ke?.."

B: "hm.. ade2.. jap, aku rs aku da jawab soalan ko.. pelik gak kne soal 2 kali ni.."




o_O...?


baru start sem, dah camni...

Rabu, 9 September 2009

Wow

Pernah suatu ketika Khalifah Abdul Malik bin Marwan berkata

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."





Berlagak, Tak matang, Berpura-pura, Cakap belakang, Mencarut, Buat muka, Rasa bagus, Tak fikir orang lain, Mempergunakan sahabat...
itu sume patut aku jauh...