tidak kesampaian...
apa yang perlu kite buat kalau sahur terlajak, dan terdapat minuman yang tidak sempat diminum, seperti ini?
lalu azan berkumandang..
mesti frust di saat menjawab azan kembali.. (sikit je)
caranya..
jangan buang lg!.. lek lu...
simpan dalam bekas yang sesuai..
sila pastikan plastik bekas tidak daripada jenis PET [1]..
(lihat nombor dalam recycle logo, di bawah bekas tersebut.. selain dr 1 ok.)
simpan di tempat yang sejuk agar minuman tidak rosak, dan tidak dicuri oleh orang yang tidak berpuasa pd hari tersebut.. labelkan bekas anda seperti bahan ujikaji makmal jika mampu.
disertakan dengan roti yang tidak sempat diratah sekali dlm peti sejuk demi melambatkan pergerakan proses bakteria di atasnya..
setelah masuk waktu berbuka puasa.. selamat menjamu selera..
p/s - kepada sesiapa yang ingin menggerakkan sahur kepada sesiapa, sila pastikan waktu yang dinyatakan tepat agar tidak menjadi masalah yang di hadapi penulis ini yang tidak bersalah..
Selasa, 31 Ogos 2010
Khamis, 26 Ogos 2010
t&t
tahniah dan takziah kepade wakil-wakil mahasiswa yang baru...
pemilihan mereka berdasarkan orang yang memilih..
tahniah, sebab menang.
takziah, sbb dipertanggungjawabkan...
p/s - pilihanraya yang tidak meriah.. poster tampak sama, tiada keterampilan calon.. malah anda boleh buat sendiri satu..!
cth:
tapi... bagaimana dengan ini..?
cth:
HEP perlu berani melakukan sesuatu bagi memeriahkan kempen kepemimpinan ini.. hm...
pemilihan mereka berdasarkan orang yang memilih..
tahniah, sebab menang.
takziah, sbb dipertanggungjawabkan...
p/s - pilihanraya yang tidak meriah.. poster tampak sama, tiada keterampilan calon.. malah anda boleh buat sendiri satu..!
cth:
tapi... bagaimana dengan ini..?
cth:
HEP perlu berani melakukan sesuatu bagi memeriahkan kempen kepemimpinan ini.. hm...
Label:
campus
Rabu, 11 Ogos 2010
SyahruRamadhan
selamat berpuasa kepada semua... puase penuh, cukup-cukup.. nk lebih2, pas raye nnti leh sambung lagi enam hari ye...
p/s - "uuual kurmak', nakbukapuasuuuu'? kahabisalullazie..." (mksud: nak buka puasa buah kurma kehabisan..) (english: they've run out of dates to break their fast.)
Ahad, 8 Ogos 2010
Pepijat
berita akhir2 ini..
penduduk rumah ini yg tidur di ruang tamu merungut akibat serangan pepijat..
serangan pepijat di rumah kian menjadi2.. tangan housemate sume dah tercipta tattoo yang tidak diingini pada lengan, tangan, dan bahagian abdoment lain yang tidak perlu dinyatakan.. keluahan demi keluhan di dengari.. hm..
namun, hanya yang bernasib baik sahaja tidak terkena.. (mungkin tilam yang tidak pernah terpijak oleh kaki...)
memandangkan penulis yg tidur di dalam bilik, arakian, sedikit rasa sedih dengan mangsa serangan pepijat, lalu, kepingin untuk merasa sedikit kesengsaraan untuk tidur di luar.. lalu, salah seorangnya sedia untuk bertukar lokasi tempat tidur...........
maka....bermulalah,
di saat sebelum subuh...
"aduh.. gatal..."
.
..
....
"em..?"... bisik hatiku..
"oh, ini kah yg dimaksudkan.. gatal yang sekejap, tapi sengsara berterusan?"
lalu bingkasku bangun dari peraduan yang sepah-sepah bantal dan melihat di sekeliling kamar selapis ini dimanakah ia bersembunyi.. sejurus itu, aku
aku mengejutkan jiran tilam sebelah yang mukanya menghadap tilam tempat tidurku, bertanyakannya yang sedang dibuai mimpi indah... tersadar dari lamunannya, dalam keadaan mamai, beliau hanya mengatakan, "pepijat..em.. mana..? entah....", menjawab soalannya sendiri dengan baik sekali. kagum.
aku cuba untuk tidak peduli, lalu aku meneruskan perjuanganku, mencari pemangsa durjana ini.
sedang-sedang aku mengesot-ngesotkan tanganku di bawah bantal, aku merasakan sebiji, bagaikan sebiji sagu yang halus.. aku terpinga-pinga... tanpa berlengah, lalu aku meleretkannya ke tengah-tengah tilam pembaringanku...
dan ku lihat....
oh! pepijat!
inikah... inikah.... inikah.....~?
(keadaan menjadi tenang)
jap.. oo.. ni la pepijat yang diura-urakan...
pepijat yang kelihatan bingung itu sebenarnya agak pantas dalam pergerakannya.. ke kiri dan ke kanan.. 'blurred'. teringat kata2 housemate yg juga pernah temui pepijat dalam keadaan sedemikian... walaupun,em..
aku menarik helaian kertas conteng latihan Laplace oleh housemate untuk mencedok pepijat itu bagi memudahkan transpotasi untuk melihatnya di kawasan yang lebih terang. iaitu, di dapur..
"oh, cerek elektrik... hm, nak masak air lah.. leh wat air kopi..", aku bermonolog bilamana menjejakkan kakiku di ruang dapur..
aku menghidupkan suis lampu dapur dengan jari kelingkingku.. (tak tahu sebab apa).
dengan pengamatan cahaya yang mencukupi, aku dapat melihat pepijat di bawah mata kasar dengan baik... pepijat ini kelihatan humairah, iaitu, kemerah-merahan.. dek kesan penyedutan darah ku
aku memerhatikan pepijat yang kebingungan dengan posisi muka surat kertas itu yang aku diterbalik-balikkan kedudukannya... sambil2 berjenaka dengan kebingungan pepijat ini, aku menghunuskan kamera optikal yang tersedia lengkap di alat komunikasiku ini..
setelah aku semakin bosan melihat gelagat yang tidak bermakna ini... "kle-tap!!", bunyi cerek air rebus yang telah menandakan suhu saintifik air di dalamnya telah mencecah 100 darjah Celsius.
"oh, air dah masak... Hmmmm......~", bisik jahatku...
aku... kemudianya berfikir untuk menjatuhkan sang seteru utama terus ke dalam cerek elektrik itu. namun, telalu kejam bagiku.
tapi, aku merasakan, jika dibiarkan... orang akan sengsara... lalu.....
aku menukar kepada opsyen yang lebih baik... iaitu, mengeksperimentasikan 'sauna'...
objektif bagi eksperiment ini adalah, menguji tahap wap air yang boleh diterima oleh sang pepijat durjana..
metodologinya, aku membiarkan pepijat yang tidak bernasib baik itu berhijrah ke penjuru hujung kertas, dan seterusnya, aku memposisikannya ke arah bawah, 90 darjah dari permukaan lantai sinki. ketinggian, 6inci.
hatta, aku mencurahkan
obeservasi pada pepijat, ia seolah-olah 'shuffle' di atas kertas... pada kedudukan >90 darjah itu, ia masih mampu melekat lagi.
sungguhpun begitu, tidak sampai 3 saat... ia terjauh ke dalam sinki.. statik, hanyut...
dan.. hilang dari pandangan setelah masuk ke dalam saluran paip...
hepotisisnya, semakin panas air, semakin membawa maut kepada pepijat..
sedikit terkilan, lalu bermonolog.. "dah la susah nak cari, last2 'hilang' camtu je.. isk2.. tak thrilling langsung.."..
lalu..di pagi itu, barulah terasa... inilah kesengsaraan yang dihadapi bagi mereka yang telah sengsara.. dan, housemate, masih lena di bilik.. hm....
alahai, air panas dah kering dek eksperimentasi sauna pepijat.. tak dapat nak buat air derrr..
oh,pepijat...
info mengenai pepijat yang linknya telah dipromosikan oleh housmate... kat sini.
Label:
budak-budak,
dialogue,
housemate,
picturama,
Waste
Khamis, 5 Ogos 2010
Bukan Cara Parkir Kita...
kenderaan adalah satu kemudahan...
tapak parkir pula adalah satu kemudahan utk meletakkan kenderaan ketika pemandu tidak menggunakan kenderaannya.
di uniten, di COE terutamanya.. kawasan tempat letak kereta.. terhad. maka, apabila terhad, maka kedudukan kenderaan di kawasan parkir agak kritikal. apa yang dapat dipraktikan hanyalah cara parkir yang persis dan muat. apabila terdapat seorang atau dua, mungkin tiga orang pemandu yang tidak berhemoh-hemoh pada kawasan parkir, sudah tentu menimbulkan rasa tidak senang kepada para pemandu (mahasiswa) yang ingin meletakkan kenderaan mereka.. penulis 'confirm', takkan ada seorang yang tidak berasa pelik dengan cara parkir pada gambar2 di atas, kecuali mereka yang bersangka baik.. (husnuzonnnnn~)
dalam misi menulis cakna-mencakna masalah kekurangan parkir di uniten, maka setiap individu perlu mengadaptasi toleransi.. in
jadi, bila mana kawasan tapak parkir yang sangat terhad, dan majoriti mahasiswa uniten pula terdiri daripada keluarga yang mampu membelikan sebuah atau dua buah kenderaan kepada anaknya, maka, berlakulah pertumpahan bilangan kenderaan berbanding tapak kenderaan yang disediakan..
di sinilah kite perlu melaksanakan "tolerence adaptation" dikalangan mahasiswa uniten untuk tidak bersikap 'lebih' dalam 'kekurangan' ini...
pengadaptasian toleransi ini perlu, kerana kekurangan tapak parkir ini menjadi kritikal bila mana, mahasiswa yang memandu lambat sampai ke uniten untuk kelas akan tergopoh-gapah untuk mencari tapak parkir yang kosong. maka apabila melihat keadaan tapak parkir yang penuh dan ada sesetengahnya tidak beretika, lalu ini akan menimbulkan kemarahan, tensi, lemas, rimas dan jantung berdebar-debar sbb quiz/test sudah bermula pada saat tersebut.
juga, keadaan parkir yang penuh ini juga menimbulkan impresi yang tidak baik kepada pengunjung-pengunjung yang melihat kenderaan yang diparkir 'sepah' oleh mahasiswa uniten.. sungguhpun nama telah di julang dalam pelbagai kompetisi di antarabangsa dan tempatan, imej parkir pelajar uniten, COE terutamanya, akan tercalar. oh! mahukah mahasiswa uniten melihat berita yang serong terdapat uniten terpampang di
sehubungan dengan itu, bagi membantu untuk tidak berlaki sedemikian keadaannya, toleransi di kawasan parkir ini perlu diadaptasikan setiap masa..
cara-cara untuk memperelokkan keadaan parkir yang tidak baik ini, maka di sini terdapat tips yang menarik.. antaranya..
1. pemandu perlu memiliki kemahiran pemanduan yang komprihensif, efektif, kreatif, elektif, dan kompetitif untuk meletakkan kenderaan masing2 secara berhemah..
2. datang awal ke uniten (cadangan: 30min awal! *batuk*) utk tidak 'kalut-kalut' mencari kawasan parkir yang edisi terhad.
3. parkir kat BV.. err...
4. ...
oleh yang demikian, kita perlu toleransi dalam menggunakan kemudahan yang disediakan.. kata kunci, toleransi.. bagaimana? fikir atas dasar orang yang lain yang nak parkir jugak..
jadi, renung-renungkan.. dan.. se..? sela.....? ok, sambung sendiri...
p/s - tetap untuk menulis, walaupun penulis hanyalah penumpang kenderaan bertayar empat.